Post Popular

Posted by : Unknown 23 September 2013

Profil Sekolah

Sekolah Kebangsaan Kampung Suan Lamba telah ditubuhkan pada tahun 1986. Bangunan sekolah telah dirasmikan pada 10 Oktober 1986 oleh YB En. Alwi Bin Hj Ahmad, Timbalan Pengarah Pelajaran Sabah pada ketika itu.

Sekolah Kampung Suan Lamba kini mempunyai lebih 100 orang murid yang dibahagikan kepada 8 buah kelas, iaitu Tahun 1 sehingga Tahun 6 bersama 2 kelas pra sekolah.

Kemudahan lain yang terdapat di sekolah adalah Pra-Sekolah, Makmal ICT, Kelas Pemulihan dan Pusat Sumber di samping kemudahan-kemudahan lain untuk tujuan Pengajaran dan Pembelajaran.

Staf Akademik seramai 17 orang dan staf sokongan seramai 6 orang, berganding bahu bagi memastikan murid-murid dapat menuntut ilmu sebaik mungkin di SK Kampung Suan Lamba.


Misi

Membangunkan potensi individu dengan cara memberikan pendidikan yang berkualiti dan berkesan selaras dengan kehendak Falsafah Pendidikan Negara.

Visi

Diiktiraf sekolah terbaik peringkat daerah Kinabatangan menjelang tahun 2014.

Moto Sekolah

Berilmu dan Bersatu


- Copyright © Sekolah Kebangsaan Kampung Suan Lamba Powered by Blogger - Blogmaster : Aafique Fauzi - Blog Design : Johanes Djogan -