Kejohanan Sukan Sekolah
By : UnknownKejohanan Sukan Sekolah
Kejohanan sukan SKKSL akan dilangsungkan selama 3 hari pada 9 hingga 11 Oktober 2013.
Antara acara yang dipertandingkan adalah acara padang seperti larian 100 meter, lompat jauh dan sebagainya. Terdapat juga acara sukaneka bagi murid-murid tahap 1 dan murid-murid pra sekolah.
Acara akhir dan penutupan akan berlangsung pada hari Jumaat, 11 Oktober 2013 bertempat di padang sekolah. Warga SKKSL dan penduduk setempat dijemput untuk memeriahkan lagi majlis tersebut.
Nantikan laporan penuh di blog SKKSL selepas acara penutupan berlangsung.
Tag :
Info,
Ekspedisi SKKSL ke Kundasang
By : UnknownEkspedisi SKKSL ke Kundasang
Destinasi pertama yang telah dilawati ialah Kolam Air Panas Poring. Di Poring, murid-murid telah mengambil kesempatan berjalan-jalan di taman kupu-kupu dan Jambatan Kanopi berketinggian 41 meter, sejauh 157.8 meter. Mereka juga tidak ketinggalan bermandi-manda di kolam rekreasi, kolam air panas serta di Air Terjun Kipungit.
Pada hari tersebut, ekspedisi bermalam di Walai Tokou Homestay, Kundasang yang berlatarbelakangkan Gunung Kinabalu. Terdapat persembahan kebudayaan pada malam tersebut yang menggambarkan budaya kaum Dusun. Aramaiti..!!
Pada keesokan harinya, ekspedisi meneruskan perjalanan ke Kinabalu Park, yang merupakan pintu masuk ke Gunung Kinabalu. Di sini terdapat pemandangan flora dan fauna yang sangat menarik di samping cuaca yang sejuk dan berkabus.
Ekspedisi SKKSL @ Kinabalu Park
Pada 28 September yang lalu, murid-murid Tahun 6 SKKSL bersama-sama guru-guru telah menyertai ekspedisi ke daerah Kundasang, Sabah. Program anjuran bersama murid-murid Tahun 6 dan Kelab Staf SKKSL ini telah berjalan selama 2 hari 1 malam. Sebuah bas sekolah telah disewa khas untuk ekspedisi ini dan disertai oleh beberapa kenderaan guru-guru.

![]() |
SKKSL @ Poring |
![]() |
Aramaiti |
![]() |
Puncak |
![]() |
Guru-guru SKKSL |
Ekspedisi juga berpeluang untuk menjamu selera di cafe' Walai Tokou dengan pemandangan yang menarik. Guru-guru sempat melepaskan penat sambil berbual.

![]() |
Ekspedisi @ Kinabalu Park |
Sewaktu perjalanan pulang, eskpedisi sempat berkunjung ke ladang Sabah Tea dan menikmati makan tengahari di KFC Ranau. Keseluruhan ekspedisi menyatakan perasaan gembira walaupun sedikit kepenatan. Diharapkan agar aktiviti dan program seperti ini dapat dijalankan lagi di masa yang akan datang.
Untuk koleksi gambar facebook ekspedisi sila ke :
https://www.facebook.com/aafique/media_set?set=a.581302565263249.1073741829.100001505318066&type=3
https://www.facebook.com/aafique/media_set?set=a.581302565263249.1073741829.100001505318066&type=3
Tag :
Aktiviti & Program,
Lawatan Sambil Belajar ke Kundasang
By : UnknownLawatan Sambil Belajar ke Kundasang
Pada 28 September 2013, akan diadakan lawatan sambil belajar ke daerah Kundasang, Sabah. Program ini adalah kerjasama antara Kelab Staf SKKSL dan murid-murid Tahun 6 SKKSL.
Seramai 23 orang murid Tahun 6 dan beberapa orang guru serta kakitangan SKKSL akan menyertai program tersebut. Program yang akan berjalan selama dua hari satu malam ini penuh dengan aktiviti lasak dan mencabar yang pastinya diadakan di tanah tinggi Kundasang yang terkenal dengan iklim yang sejuk.
Nantikan laporan penuh aktiviti yang akan berjalan di laman blog SKKSL.
Seramai 23 orang murid Tahun 6 dan beberapa orang guru serta kakitangan SKKSL akan menyertai program tersebut. Program yang akan berjalan selama dua hari satu malam ini penuh dengan aktiviti lasak dan mencabar yang pastinya diadakan di tanah tinggi Kundasang yang terkenal dengan iklim yang sejuk.
Nantikan laporan penuh aktiviti yang akan berjalan di laman blog SKKSL.
Tag :
Info,
Aktiviti Pasca UPSR Tahun 6
By : Unknown
Pada 12 September 2013 yang lalu, murid-murid Tahun 6 SKKSL telah selamat menjawab kertas UPSR. Oleh itu, pada 13 September 2013 iaitu pada hari berikutnya, beberapa aktiviti telah dirancang untuk murid-murid ini supaya masa mereka dapat digunakan dengan aktiviti yang berfaedah.
Antara aktiviti yang telah dirancang adalah seperti berikut :
1. Rakaman Lagu Sekolah & Lagu Dedikasi
2. Program Keceriaan Kawasan Sekolah
3. Lawatan Sambil Belajar ke Kundasang
4. Rakaman Klip Video Lagu Sekolah & Lagu Dedikasi
Tag :
Aktiviti & Program,